Wednesday, July 31, 2013

Adobe Flash Buat ku GELAK~

ASSALAMMUALAIKUM
Hari yang paling lucu dalam hidup ana sepanjang bekerja sebagai 'Graphic Designer', lama ana tak explore software yang selalu ana guna masa study (Adobe flash) astagfirullahhalazim... hampir 8 bulan ana x berapa nk guna sangat...and today...ana kene explore untuk buat advertising product company yang ana kerja sekarang....
(ok entri ni ana update rest time!!!) perlu statement tu hihiihii
so now sambil2 ana update entri ni ana explore animation ana untuk ingat balik tools...motion and dll~

yang ni ana baru masuk kn image yg main hentam, but yang myvi vector and face vector ana punye sendiri utk buat kad raya hihiihi
yang line putus2 tu motion tween utk ana gerak kan background
agak funny bile explore tadi but ana bersyukur bile dapat task untuk buat advertisng gune kan Adobe Flash,
sekurang2nya ana xde lh lupe skill yang dah lame tiggal..betol x?? Alhamdulillah :)
mcm Adobe Illustrator, photoshop memang hari2 ana hadap...so x risau..bile nk bukak flash... Omg... mcm mane ni??? explore => explore after that.. ok!!! i remember!! YES!!!
=>> SEMALAM ANA DAH READY DESIGN KAD RAYA CARTOON FACE ANA AND MY CUTE CAR (myvi)
(suke-suke) untuk hibur kan hati sendiri...mane lah taw bile ana post nnti, orang yang ana ade sakitkan hati ke...terkecil hati ke...tergelak and sejuk hati bile tengok kad ana wallahualam hihihi

anyway~

====>> tunggu kad raya dari ana ok?? hihihihi
cartoon:
Adobe illustrator
color render:
Adobe photoshop




Sunday, July 28, 2013

10 Malam Ramadhan Terakhir

Asslammualaikum..
Alhamdulillah kita sudah sampai 10 ramadhan terakhir iaitu fasa ke 3 (Pembebasan dari api neraka)
Bila kita masuk saje fasa terakhir dalam bulan ramadhan ni...sedar x sedar kite telah berada 10 malam terakhir iaitu mencari malam Lailatul Qadar (malam yang lebih baik dari 1000 malam) alhamdulillah berkesempatan kite berusaha, kita try buat semampu yang boleh betol x?? hihihihi

"Ya tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami dari seksa api neraka" (Surah Ali-Imran ayat: 16)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)

Friday, July 26, 2013

Sedih tengok iklan ni pengajaran

Pelakon kanak-kanak CJ7

Pernah tengok cerita CJ7 alien comel tu x??? Ha..ana baru taw yang pelakon kana-kanak(Xu Jiao) tu perempuan!!
Hahahah~ cam x caye sebab x nmpk mcm perempuan pon...but she's cute!!
ni ha gamba die 
ni dia ade rupe girl x??? hihihih

taarraa~~ Gambar Xu Jiao menang pelakon baru terbaik 




Memories is very fun

Bila duduk sorang-sorang mesti kite teringat macam2 kan?? yang sweet yang x, yang memang kita tak nak ingat tapi die datang jgk kenapa??
Sebab itu memories :)
Semua orang rasakan benda yang sama kan, so entri ni ana just nk share tentang IKHLAS sebab ana selalu bace bab tentang ikhlas ni. Kenapa?? Sebab ana tak tahu mcm mane rase mengikhlas kan sesuatu perkara tu dengan betul, maksudnye nak capai tahap ikhlas yang betul2. Susah kan? hahahah ana pun pening pk, penat pun ade taw. Sebab bila kita nak lupakan sesuatu perkara berat yang jadi dalam hidup kita after that "YES!!!" saya MAAFKAN, nak tanye balik after maafkan tu are you sure 100% x ingat balik perkara tu even kita xnak ingat???? JAWAPANNYE TAK!!! 

Hihi kenapa?? sebab keikhlasan tu belum sampai tahap yang betul2 ikhlas sampai kite take time and belaja lupakan, belum tentu kita capai tahap ikhlas tu. Ana xtaw lah kalau pada u alls x ini just my opinion je hihih :)
gambar ni ana shoot kat bukit tinggi hihihi saje2
Pernah dengar 'IKHLAS TU BELUM SEMPURNA JIKA KITA MERASAKAN SAKITNYA' ?
So kita taw tahap mane ikhlas kita pada seseorang :) kecuali bila kita dah memang xde rase sakit pun bile kita ingat ape pun perkara buruk tu jadi kat kita in shaa allah itu lah IKHLAS :) 
Ana bersyukur bila ade sesuatu perkara tu jadi pada ana then ana jatuh tapi berkat doa dan izin allah benda tu jadi normal and ana redha, nikmat redha tu nikmat sangat sebab Allah balas pada kehidupan yang very happy :) tangisan jadi ketawa air mata jadi senyuman hihih, so remember bila kita ditimpa musibah tu tanda Allah s.w.t SANGAT SAYANG PADA KITA. Allah beri peluang kita ingat pada dia :) baik kan?? Alhamdulillah and memaafkan adalah perkara mulia, sangat mulia. 

Ana saje je nak share tiba terfikir hihihi, ana minta maaf kalau ade pendapat ana yang x berapa nak diterima :)
wassalam
Assalammulaikum



Thursday, July 25, 2013

Tarraaa~ Comel tak meow ni?

Comel kan??? Ana suka meow tapi duduk uma sewa kat sini dengan kerja lagi x sempat lah nk jage meow...balik kampung jela baru dapat manje2 dgn meow..
u all ade meow tak? ape name meow u all??
hihihihi~ 
(picture ni ana just share dari group kucing)


KISAH TABAH SEORANG ZAUJAH (ISTERI)

Asslammulaikum,
Ana ada tertarik dengan satu kisah yang ana bace semalam di laman blogger lain tentang kisah sedih seorang isteri menghadapi suami curang! Tapi bile ana baca cerite ni ana tak sangke tindakan isteri itu apabila dapat tahu suaminya curang. Ana teringin nk kongsi sebab ana nak kawan2 bace tabahnye wanita ni sebab kalau ana, ana tak tahu ana boleh ke tak nak jadi mcm dia..siyes die boleh jadi contoh.

Ana sampai bace berulang kali, ana kagum dengan wanita ni
So sampai ana yakin ye!!! "Isteri, solat, puasa, jaga kehormatan, jaga suami, pilih lah mana-mana pintu syura untuk masuk ke dalam nya"

KALAU ADE KAWAN2 BLOGGER PEREMPUAN TENGOK BLOG ANA MINTA BACE NI SKEJAP :)


Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya …
Assalamualaikum..tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..
DIA LUPA, ALLAH ITU ADA
Sy Dan suami Kenal dr zaman persekolahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.
Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..
x disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..Dan secara tiba2 dia kembali romantik.
tp dia lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.
ya Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,mengongoi…macam org gila.ya,macam org gila..tp dia lupa,Allah itu ada. Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..
Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4!
ya Allah,kami br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..
Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah….berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!
Ketika itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy.sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..’abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati’ suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk.
Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. Suami yg melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??
suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.
Mmg,sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu..
Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang…sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..
Tp Allah nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..
Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?
Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..
Sabar sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA~
Allah.. Allah.. Allah..
==>ANA KAGUM DENGAN WANITA NI :) 

SALAM NUZUL AL-QURAN

Salam 17 RAMADHAN kepada umat islam, sekejap saje kita dah berada di pertengahahn RAMADHAN.
Fasa ke2 iaitu pengampunan dari Allah s.w.t
Subhanallah baiknya tuhan kita :)
Berapa kali je ye kita membace kitab suci ini? (ana tanye diri ana juga :) )
So guna kan bulan ramadhan ni dengan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri kita.

Dari Abu Umar r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Bacalah Al-Quran sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang sebagai sya'faat kepada pembacanya.

Selamat menjalani ibadah puasa :D

Auratku

So kita jangan rasa sakit hati bila lelaki suka tengok perempuan seksi..Janji kita ingat apa yang kita perlu jaga.
Tapi jangan kita lupa untuk doakan kawan2 kita yang masih belum menutup auratnya untuk menutup sebab kita hidup ni sentiasa belajar dan belajar. OK :)

Nabi muhammad sayangkan kucing :)


Asslammulaikum

Ana masih baru lagi dalam dunia blog :)
tujuan ana untuk share kate-kate motivasi dan design yang best2 :)
sape sudi jadi kawan ana sila follow ana in sya allah ana akan ke blog u all :)
SALAM UKHUWAH DARI ANA